Suara Sumbang Dalam PAS Sendiri......PasMa khuatir pindaan hudud cetus kehancuran Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) khuatir Pakatan Rakyat akan berpecah selepas Kelantan meluluskan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 hari ini.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, jurang di antara PAS dan rakan komponen DAP adalah terlalu besar ketika ini dan pada masa ini beliau hanya nampak berlakunya perpecahan.

“Saya berharap mereka boleh menyelesaikan isu ini demi meneruskan kewujudan Pakatan Rakyat tetapi di peringkat ini saya percaya ia amat sukar,” katanya dipetik oleh Star Online.

Katanya, PAS berhak untuk membentangkan undang-undang hudud kerana ia agenda utama mereka, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat tujuh tahun lalu.

“Hudud adalah isu lama bagi PAS manakala DAP menyatakan penentangan keras mereka menentang hudud. Jurang di antara mereka adalah terlalu lebar sekarang,” tambahnya.

Apabila ditanya apa pendirian PasMa jika berlaku perpecahan, Phahrolrazi berkata, mereka akan tentukan itu apabila tiba masanya.

“Kami di PasMa menyokong Pakatan Rakyat dan berharap mereka menyelesaikan isu ini kerana jika tidak Barisan Nasional menjadi terlalu kuat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana