Siapa PKR!!!!PKR Mahu PAS Perinci Hudud Sebelum Dibentang

PETALING JAYA 2 Mac - PKR tidak mempunyai sebarang pendirian terhadap hukum hudud yang akan dilaksanakan PAS di Kelantan memandangkan parti itu masih belum jelas mengenainya kerana tiada penerangan diberikan, kata Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, PAS perlu menjelaskan pelaksanaan hudud itu bukan saja kepada pimpinan parti tetapi terhadap rakyat.

"Enakmen yang akan dibawa ke Kelantan itu perlu dijelaskan. Saya rasa banyak perkara yang perlu dijelaskan.

"Dan saya rasa harus ada penjelasan yang rasmi kepada umum mengenainya supaya tidak berlaku salah faham atau persepsi yang berbeza," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Johari berkata, hudud ialah satu perkara yang luas dan PAS perlu menjelaskannya secara terperinci supaya tidak berlaku salah faham dan kekeliruan.

"Sekarang ini banyak orang keliru dan saya rasa ramai pemimpin juga keliru apa yang berlaku. Sebelum kami (PKR) komen, kami mahu melihatnya (penjelasan rasmi) dulu.

"Kami tidak mahu berdebat mengenai perkara yang kita sendiri tidak tahu," katanya.

Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dijadualkan berlangsung 16 hingga 18 Mac ini.

Ia sepatutnya diadakan pada 29 Disember tahun lepas namun ditangguhkan berikutan banjir besar melanda negeri itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, tarikh sebenar membentangkan cadangan pindaan enakmen itu hanya akan diketahui selepas Speaker menetapkan agenda DUN itu.

Pindaan itu bagi membolehkan rang undang-undang persendirian dibentangkan di Parlimen dan seterusnya memudahkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Hudud meliputi jenayah menurut undang-undang Islam seperti kecurian, rompakan, zina, minum arak dan hubungan seks di luar perkahwinan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana