Semangat Baru Terengganu.....Perlawanan Bola Pertama Terengganu Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak boleh digunakan semula bermula April ini bagi perlawanan bola sepak di sebelah siang hari kata Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Dato” Haji Shafii Mohamad.

“Seramai 16 orang kontraktor dilantik bagi kerja membaik pulih fasiliti di dalam stadium ini bagi  kegunaan  perlawanan bola sepak itu nanti termasuk  bilik persalinan, tandas serta bilik vvip.
“Kelewatan ini berlaku akibat musim tengkujuh baru-baru ini dan tertangguh selama satu bulan setengah serta ketika itu semua kerja-kerja tidak dapat disiapkan sepertimana tarikh yang diberikan dahulu”.

“Bagi kegunaan Stadium di sebelah malam dijangka bakal siap sepenuhnya pada akhir April dan boleh digunakan pada awal Mei apabila mendapat kelulusan sepenuhnya daripada FAM”
“Lawatan mengejut Menteri Besar  Terengganu  Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman semalam bagi meninjau kerja-kerja baik pulih di sini telah bersetuju untuk membeli  mesin penyelengaraan padang”katanya lagi semasa sidang Media JKR di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana