Sekolah pondok kini menjadi institusi penting masyarakat Islam

Pembabitannya dalam politik sudah berkurang sejak tidak memegang jawatan utama, tetapi Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak duduk diam di mana dia aktif dalam pelbagai kegiatan akademik, agama dan kemasyarakatan.
Setelah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) pada 2012, Mashitah kini dilantik pula sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP).

Perlantikan Dr Mashitah diumumkan oleh Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Profesor Datuk Dr Mohd Yusof Kassim di Alor Setar baru-baru ini.

Bak kata pepatah, hanya jauhari juga mengenal manikam! KUIN ternyata telah membuat langkah yang tepat kerana berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman, Dr Mashitah sememangnya calon paling sesuai dan tepat!

Dalam satu kenyataan, Mashitah berkata dia amat menghargai kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh KUIN dan berjanji untuk memastikan PKP menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang dibanggakan.

Menurut Mashitah, yang juga Ketua Wanita UMNO Baling, penubuhan sebuah pusat seperti PKP bertepatan dengan masanya memandangkan kebelakangan ini masyarakat Melayu-Islam semakin memberi perhatian dan menunjukkan minat yang lebih besar kepada sekolah pondok.

“Semakin ramai ibubapa yang menghantar anak-anak belajar di sekolah pondok, samada secara sepenuh masa atau sebagai pelengkap kepada pendidikan yang diperolehi di sekolah kerajaan. Warga tua juga semakin ramai mengambil keputusan tinggal di pondok untuk mengaji Al-Quran dan mendalami ilmu agama.

“Malah, ada juga pondok yang memberi perkhidmatan khusus untuk masyarakat setempat, misalnya memberi ratawan dan pemulihan kepada penagih dadah,” katanya.

Menurut Mashitah lagi, kebelakangan ini umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran baru, termasuk serangan pemikiran liberalism, pluraslisme dan pasca-modernisme, hadis palsu dalam internet serta pelbagai ajaran sesat dan tafsiran konsep yang songsang yang mampu mempengaruhi remaja melalui penggunaan media sosial.

Sehubungan itu Mashitah berkata PKP akan memberikan perhatian dan kajian mendalam, selain antaranya menjalankan penyelidikan selain mengadakan aktiviti seperti seminar dan persidangan serta penerbitan berhubung isu-isu terkini dengan memberi perhatian kepada khazanah pondok, kitab thurath serta ketokohan ulama-ulama  pondok dan intelek lain.

Katanya PKP juga akan memantapkan jaringan kepakaran dengan pusat-pusat seumpamanya di peringkat antarabangsa bagi memperolehi hasil yang terbaik dan output yang bermutu.

“Satu aspek penting yang akan saya beri perhatian ialah pembabitan komuniti setempat dalam program dan aktiviti PKP, serta memastikan hasilnya memberi impak yang besar dan kesan yang positif.

“Saya memahami tugas yang menanti dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai pengarah PKP. Saya akan memanfaatkan latarbelakang, pendidikan, pengalaman dan kebolehan untuk memimpin PKP sehingga mencapai tahap yang diharapkan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana