Sandiwara Hudud: DAP menunggu dipujuk oleh PAS...?

Kalau Karpal Singh masih hidup lagi, pasti mendiang kecewa teramat sangat dengan keputusan tergempar mesyuarat Eksekutif Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP malam Isnin.
Mana mungkin DAP menuding jari hanya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang dalam penolakan hudud.

Dengan sekadar memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, tidak membawa apa-apa makna kerana hampir ratusan ribu ahli dan penyokong PAS akan berdiri teguh di belakang Presiden PAS itu yang dikatakan agak ‘kurang bermaya’.

Dan seolah-olah keputusan DAP menyalahkan Abdul Hadi semata-mata dalam isu hudud sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Difahamkan, mesyuarat CEC DAP di Ibu Pejabat DAP, Jalan Pudu, Kuala Lumpur berlangsung dalam suasana tegang - hampir empat jam.

Kumpulan wartawan kira-kira 30 orang yang ‘berkampung’ di lobi hotel berkenaan ‘dihalau’ dengan cara menutup lampu di situ.

Dikatakan semasa mesyuarat yang turut dihadiri anak Karpal, Gobind Singh Deo itu, satu kumpulan mendesak DAP keluar sahaja daripada pakatan pembangkang. Ini kerana DAP kata kumpulan itu memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat berbanding PKR, apatah lagi PAS.

Dengan mengambil jalan ini, habis cerita pasal tentangan mereka terhadap hudud.

Tetapi satu lagi kumpulan mahukan ‘penyelesaian aman’ dicari bersama PAS, dengan tidak payah langsung berbicara pasal hudud.

Namun, dikatakan kerana dua parti saingan DAP, iaitu Gerakan dan MCA begitu beria-ia menentang hudud, DAP perlu mencari ‘jalan selamat’ dengan mengambil pendirian serupa.

Keputusan CEC DAP dengan hanya memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi begitu mengecewakan sebahagian besar ahli dan sebilangan pemimpin kanan DAP.

Sebab pada jangkaan mereka, DAP perlu membuat keputusan tegas dengan keluar sahaja daripada pakatan.

Namun, kerana ada pemimpin kanan berpendapat PAS masih diperlukan untuk pakatan terus mendampingi pengundi Melayu, ‘pendirian tegas’ DAP ini terpaksa dipendamkan dalam hati sahaja.

Hanya Abdul Hadi dipalitkan dalam isu tentangan keras DAP terhadap hudud dikatakan sekadar untuk mengalih perhatian terhadap isu ini.

Dan selepas ini, percayalah akan ada ‘orang PAS’ datang memujuk DAP. Selepas itu, isu hubungan panas DAP-Pas ‘tutup buku’, kembali pulih seperti sedia kala.’

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana