Samseng cabar Imigresen...Inilah Dikatakan Kurang AJar

TAMAN MELAKA RAYA – Sekumpulan samseng bertindak mencabar anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Banda Hilir, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada serbuan terakhir operasi dikenali sebagai ‘Ops Sayang’ yang bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam.

Pengarah Imigresen negeri, Mahpof Mahmod berkata, kejadian ugut-mengugut kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak mematahkan semangat seluruh kakitangan Jabatan Imigresen bagi membanteras lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini.

“Saya anggap ini perkara biasalah. Apabila menjalankan tugas penguat kuasaan kita perlu berdepan dengan kejadian maki hamun seperti ini dan tidak melemahkan semangat seluruh kakitangan.

“Sebaliknya kita akan meneruskan usaha membanteras Pati dan sehingga seluruh pengusaha pusat hiburan mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang operasi berkenaan, seramai 20 wanita warga asing ditahan pada serbuan yang dilakukan di enam premis rumah urut dan pub.

Menurutnya, operasi melibatkan pemeriksaan ke atas 72 warga asing turut menahan 11 wanita Vietnam, selain tujuh Thailand dan Indonesia (2) yang melakukan pelbagai kesalahan.

Antaranya kesalahan dikesan ialah menyalah gunakan pas lawatan sosial, pas tamat tempoh dan tidak sah.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 25 dan 43 tahun dan kebanyakannya semua bekerja di pusat urut.

“Sebenarnya sudah banyak kali kita melakukan serbuan di premis yang sama tetapi pengusaha terus berdegil tidak mahu mengikut syarat ditetapkan iaitu menyediakan dokumen sah terhadap pekerja,” katanya yang turut serta dalam operasi berkenaan.

Mahpof berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah.

Selain itu, katanya, mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dan Seksyen 15(1) (c ) Akta Imigresen 1959/63 kerana tamat tempoh permit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana