RUU hudud akan uji Ahli Parlimen Umno, PAS dan PKR - Hadi...Jangan Terkejut Plak MP PAS Jugak Tak Undi Nanti.

Ingat lah ada segelintir MP PAS jugak jadi BARUA.....

TEMERLOH: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bersabit hudud oleh kerajaan negeri Kelantan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat kelak akan menguji ahli Parlimen Islam baik daripada PAS, Umno atau PKR sama ada mereka menyokong atau menolak hukum itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi sekali lagi menegaskan usul RUU itu hanya memerlukan sokongan majoriti mudah bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan meminda Akta Mahkamah Syariah (AKta 355), seterusnya mula melaksanakan hukum itu.

"Dengan sebab itu kita kemukakan rang undang-undang atau usul itu hanya berkait dengan pindaan yang membolehkan kerajaan negeri melalui pindaan majoriti mudah untuk menguji ahli-ahli Parlimen Islam yang ada di Parlimen sama ada Umno, PAS atau PKR.

"PAS serius dan bersunggguh dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dan kita mengemukakan rang undang-undang di Parlimen mengikut kemampuan kita.

"Di Parlimen kita ada 21 kerusi daripada 222 kerusi dan nak pinda perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga. Kalau tak pinda perlembagaan memerlukan majoriti mudah, kita mengambil kira jumlah kerusi orang Islam masih ada lagi daripada kita," katanya semasa merasmikan Mesyuarat agung kali ke-29 PAS kawasan Kuala Krau di Dewan Darul Hikmah, Kerdau.

Ahli Parlimen Marang ini menambah pihaknya tidak memaksa mana-mana Ahli Parlimen untuk menyokong usaha itu selain menerima apa jua keputusannya nanti.

"Ini yang kita kemukakan, kita mendapat respons yang sangat baik sangat positif kerana dunia pada hari ini sangat terdesak tak boleh selesai masalah jenayah.

"Kita memperkenalkan sedikit pindaan yang membolehkan mengikut bidang kuasa negeri bukan semua lagi tapi sedikit sahaja memerlukan sokongan orang Islam.

"Yang sokong kita terima, yang tak sokong kita terima kerana orang bukan Islam akan sokong, jangan takut," katanya.

PAS sebelum ini menerima hebat daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat bersabit hasratnya melaksanakan hudud.

Malah DAP menuduh PAS sebagai berkali-kali melanggar persetujuan dalam gagasan itu, selain memutuskan hubungan dengan Hadi kerana menghantar usul RUU ke Parlimen tanpa memaklumkan kepada Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

PKR juga tegas menyatakan bantahannya selepas DUN Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, 19 Mac lalu.

Ujar parti itu, agenda hudud tiada dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, justeru pimpinannya menentang tindakan PAS itu.

Hadi dalam reaksi balasnya berkata, PKR dan DAP perlu menghormati hak demokrasi PAS untuk meneruskan perjuangan mereka untuk melaksanakan hudud.

Malah Hadi mengingatkan semula perjanjian yang ditandatangi bersama antara PAS, DAP dan PKR untuk 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam isu hudud.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana