Ridhuan Tee ‘belasah’ ultra kiasu ganggu cara hidup Islam

SHAH ALAM, 9 Mac – Ustaz Ridhuan Tee hari ini terus ‘membelasah’ ultra kiasu yang didakwa kerap mengganggu pelaksanaan cara hidup Islam yang murni, tetapi tidak melarang perbuatan mungkar.

Dalam tulisan terbarunya berjudul ‘Siapa Taliban dan Talibanisasi?’ dalam akhbar Sinar Harian, beliau menggesa orang yang tidak suka sesuatu peraturan yang dikenakan terhadap umat Islam supaya diam dan tidak campur tangan.

Mengambil contoh langkah Kerajaan Negeri Terengganu mengenakan tindakan terhadap umat Islam berkelakuan tidak senonoh dan tidak solat Jumaat, beliau berkata, undang-undang yang dikenakan itu bukannya ‘Talibanisasi’ sebaliknya mahu menjaga umat Islam di negeri itu.

“Bagi mereka yang bukan rakyat Terengganu. Datang ke tempat orang ikutlah pepatah ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.

“Tak nak ikut, jangan datang. Ramai lagi nak datang. Di Brunei, peraturan sebegini sudah lama dilaksanakan. Kita lihat pelancong terus datang berpusu-pusu. Kenapa? Mereka nak tahu cara hidup Islam, bukan tali barut Islam,” katanya yang juga Felo Utama INSPIRE, UniSZA.

Ustaz Ridzuan turut memberi contoh bagaimana Kerajaan Brunei mengenakan peraturan ketat terhadap tarian singa dan pembakaran mercun serta bunga api sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Di negara kita, kebebasan apa lagi yang tidak diberikan? Boleh dikatakan tanpa had. Kalau ada kekangan pun, amat sedikit. Itu pun ada laporan mengatakan Malaysia berada dalam tangga ke-8 dalam dunia mengekang agama lain.

“Sejak bila kerajaan lakukan? Berdasarkan bukti, bilangan rumah ibadat, NGO, media cetak (akhbar), stesen radio TV, IPT dan banyak lagi, jauh melebihi bilangan apa yang umat Islam ada.

“Identiti kita sudah tenggelam kerana menghormati hak orang lain, kononnya atas nama hak asasi manusia. Adakah semua ini dihargai? Pendek kata, berilah sebanyak mana pun, mereka tetap tidak akan berpuas hati, sehinggalah negara ini menjadi benar-benar sekular, serta tidak ada lagi identiti Melayu atau Islam.

“Perhimpunan perpaduan Melayu yang dihadiri oleh PM baru-baru ini pun dikecam kerana menggalurkan agenda Melayu. Tidakkah PM ketika menghadiri perayaan di Batu Caves dan Tahun Baru Cina, turut memberikan jaminan membantu dan menjaga hak bukan Islam?

“Begitu juga peruntukan RM4 juta kepada 11 buah Sekolah Persendirian Cina oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Kenapa diam? Apabila mempertahankan hak Melayu dikatakan rasis. Apabila memberikan hak kepada mereka, itu hak, bukan rasis,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana