Rakyat mengucapkan syabas kepada tindakan tegas Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar menegakkan keamanan di negara ini.

"Saya telah beri amaran banyak kali khususnya kepada pemimpin politik serta badan bukan kerajaan supaya berhati-hati bila suarakan pendapat dan pandangan khususnya di media sosial kerana ia boleh menjurus kepada keadaan yang mengancam keselamatan awam.

"Saya rasa sekarang ini saya tidak mahu lagi beri amaran sebaliknya mana-mana individu yang melangar mana-mana peraturan, kita akan ambil tindakan serta merta…dan mereka ini jangan pula nak berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara," katanya.

Mengulas dakwaan beliau cuba menyekat hak kebebasan bersuara apabila memberiarahan melalui akaun Twitternya supaya tindakan diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, Khalid berkata ia perlu untuk mencegah penyebaran kenyataan seumpama itu.
"Tujuan saya mengeluarkan arahan melalui Twitter adalah untuk bertindak pantas terhadap hasutan dan penyebaran perkara yang tidak benar.

"Pada pandangan saya, cara ini berkesan untuk mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh dengan perkara tidak benar yang perlu dihentikan serta-merta," katanya.
Polis, katanya, sentiasa menghormati hak kebebasan bersuara tetapi kebebasan itu ada hadnya khusus bagi negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Kadang-kadang masyarakat mahu polis (bertindak) cepat tapi bila saya buat macam ini ada pula yang kata saya melanggar hak kebebasan bersuara pula," katanya.

Khalid berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, terdapat pengurangan dalam aktiviti menghasut melalui laman sosial ketika ini, dan berharap ia berterusan serta tiada lagi pihak cuba menyalahgunakan platform itu.

Menyentuh laporan berkaitan penganjuran perhimpunan untuk mendesak beliau melepaskan jawatannya, Khalid berkata: "Tidak kiralah apa tujuan mereka nak suruh saya letak jawatan, tetapi sebarang perhimpunan ada peraturannya dan undang-undang yang mengawal."

Beliau turut menjelaskan kebenaran yang tidak diperoleh daripada 'tuan punya tempat' untuk mengadakan perhimpunan berkenaan turut dianggap melanggar undang-undang jika ia tetap diadakan - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana