Rafizi Sebenarnya Pengecut...Orang Macam Ni memang Bacul Lah

KUALA LUMPUR 4 Mac - Tuduhan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggelarkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bacul ibarat meludah ke langit ekoran beliau lebih 'pengecut'.

Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Ibdillah Ishak berkata, Rafizi lebih bacul ekoran menyekat pengguna media sosial dari terus menghentamnya di Twitter.

"Di laman media sosial, misalnya di Twitter, dia telah block (sekat) para pengguna yang mengkritik dan tidak sependapat dengannya.

“Saya beranggapan bahawa Rafizi seronok dipuji dan tidak sanggup menerima kritikan yang membina. Inikah kualiti seorang ahli Parlimen PKR? Rakyat dihalang dari mengutarakan pandangan dan pendapat mereka,” katanya.

Berhubung dakwaan “bacul” pula, Ibdillah berkata Khairy tidak boleh dianggap enggan berdebat kerana belum pun memberikan jawapannya.

“Takkan kalau belum respon dah digelar bacul? Saya berprasangka baik, mungkin dia tak faham definisi ‘bacul’,” katanya lagi.

“Elok dia pergi beli kamus daripada buat pelbagai fitnah dan spekulasi yang tidak cerdik.”

Rafizi sebelum ini mencabar Khairy untuk berdebat berhubung kes Liwat II selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersetuju untuk menyediakan ruang di RTM.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Dalam kenyataannya juga, Ibdillah tururt membidas Rafizi yang dianggapnya “budak suruhan” yang merangka langkah politik demi menyelamatkan survival keluarga Anwar.

Malah beliau turut menggelar setiausaha agung PKR itu bersifat “kebudak-budakan” apabila mendakwa Khairy yang kini berada di Amerika Syarikat dan mungkin sedang berdebat dengan kanak-kanak lelaki di sana.

“Adakah beliau cemburu kerana tiada peluang untuk berwacana bersama semua lapisan masyarakat Malaysia yang berada di sana?”soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana