Puak Ini Akal Letak Dikepala Lutut....Menceroboh bukan caranya : KPN

“Saya pun tak faham mengapa mereka buat begitu. Jika mereka mahukan penjelasan mengenai GST sekali pun, begitukah caranya?

“Tindakan mereka ini menyalahi undang-undang kerana menceroboh agensi kerajaan dan kita akan ambil tindakan tegas.”

bantah gst lgItu kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas tindakan sekumpulan individu yang menyerbu masuk premis Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya pada Isnin.

Menurutnya, perbuatan provokasi itu terutama kepada penjawat awam yang sedang bertugas adalah jelas melanggar undang-undang.

Polis tegasnya, akan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai Gabungan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) namun menyerahkan kepada polis Selangor untuk meneliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kumpulan terbabit.

Beliau berkata demikian selepas majlis tahlil dan doa selamat Sempena Hari Peringatan Polis Ke-208 di masjid Bukit Aman, Isnin malam yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Noorashid Ibrahim.

Dalam pada itu tiga lagi ditahan apabila sekumpulan penyokong demonstrasi bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkumpul sebagai tanda solidariti kepada mereka yang ditahan sebelum ini.

Perhimpunan pada Isnin malam di luar balai polis Kelana Jaya bertujuan menuntut pembebasan 80 orang yang ditahan kerana menceroboh pejabat Wisma Kastam di Kelana Jaya.

Penahanan terbaru menjadi keseluruhan yang ditahan ialah seramai 83 orang selepas seorang aktivis ditahan pada sebelah tengahari disusuli 79 penceroboh dan tiga pada Isnin malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana