Presiden PAS Tak Semestinya Ulama, Kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR 12 Mac – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, jawatan Presiden Pas lebih sesuai disandang oleh individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepemimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama.

“Maka amat jelas bahawa Presiden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama.

“Pemilihan Presiden boleh disamakan dengan pemilihan ketua angkatan tentera dalam menghadapi peperangan lima tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog miliknya.

Menurut Khalid, adalah pasti, calon paling sesuai untuk mengisi jawatan Presiden parti adalah seorang yang pakar untuk berperang dalam politik.

“Itu adalah tuntutan jawatan tersebut, begitu juga dalam soal pemilihan Presiden Pas.

“Yang dipilih semestinya pakar dalam peperangan politik dan bagaimana untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti bagi menghadapi pertempuran di medan politik,” katanya.

Khalid menjelaskan, Muktamar, AJK Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama mempunyai peranan masing-masing dan tidak wajar mengambil alih tugas dan fungsi ditetapkan.

Katanya, kecelaruan yang timbul adalah hasil kekeliruan terhadap peranan dan bidang kuasa setiap institusi dan ia menjadi lebih rumit apabila ada yang sengaja menimbulkan kekeliruan itu.

“Fahaman bahawa Majlis Syura Ulama adalah kepemimpinan ke atas keseluruhannya adalah tidak tepat. Bukan itu yang dimaksudkan dengan konsep Kepemimpinan Ulama.

“Konsep Kepimpinan Ulama terlaksana dengan pembentukan Majlis Syura Ulama dan kuasanya untuk memantau perjalanan Pas untuk menentukan agar tidak bercanggah dengan syariat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana