PRESIDEN BARU PAS: MAT SABU DAN HUSAM TIDAK DICALONKAN

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam kenyataan medianya hari ini menyuarakan ketidaksetujuan beliau dengan pencalonan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melawan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden PAS.

Sebaliknya kata beliau, calon yang paling layak untuk melawan Hadi adalah Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Yang Dipertua PAS Kota Bharu sendiri.“Pandangan peribadi saya, adalah amat elok Tuan Guru Dato Seri Presiden kekal tanpa dicabar. Namun, jika mahu dicabar sekalipun, ada calon lain yang lebih sesuai berbanding dengan Dato Tuan Ibrahim untuk mencabar kedudukan tersebut.

“Calon tersebut pada pandangan saya ialah Dato Wan Abdul Rahim sendiri. Beliau merupakan ‘orang lama’ dalam politik dan pernah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dan juga pernah memenangi kerusi parlimen Kota Bharu di dalam pilihanraya umum 2008.
“Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang banyak idea dan cukup komited di dalam kerja-kerja yang diamanahkan ke atas bahu beliau. Saya amat yakin beliau cukup bersedia untuk menerima sebarang pencalonan bagi mencabar jawatan Presiden PAS.

“Justeru, saya secara peribadi berpandangan, beliau lebih sesuai diketengahkan jika mahu mencabar Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS di dalam pemilihan PAS yang akan datang,”tegas Ahmad Fadhli.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan daripada PAS Kota Bharu yang diketuai Wan Rahim semalam telah mencalonkan Tuan Ibrahim sebagai calon presiden PAS jawatan yang sekarang ini disandang oleh Abdul Hadi.

“Jadi kami penuh yakin dengan mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon Presiden PAS, insya’Allah, parti kita akan dapat meneruskan kesinambungannya.
“Dan untuk mengelakkan kontroversi yang berlebihan, kami hanya mencalonkan calon Presiden saja, tidak mencalonkan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan selebihnya.

“Yang lain itu kami mengharapkan PAS Kawasan-Kawasan yang lain yang akan mengadakan mesyuaratnya masing-masing mulai minggu depan sehingga April dan Mei.
“Jadi kita di Kota Bharu, sebagai Kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung di seluruh negara, cukup berbangga untuk mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden, dengan 11 daripada 14 Ahli-Ahli Jawatankuasa (PAS Kota Bharu) yang hadir bersetuju. Sekian,” kenyataan Wan Rahim dipetik.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Wan Rahim menjelaskan kenapa beliau dan kawasannya mencalonkan Tuan Ibrahim kerana ia berpunca daripada faktor kesihatan Abdul Hadi.
“Saya yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menerima pencalonan selaku presiden untuk sesi baru atas keuzuran beliau dan itu keyakinan peribadi saya.

“(Sebelum ini) dia masuk hospital di Istanbul, dia masuk Institut Jantung Negara (IJN), faktor tahap kesihatan dia. Dia (Hadi) sudah 37 tahun terlibat dengan PAS,” katanya.

Wan Rahim menambah, Tuan Ibrahim adalah individu yang akan membuatkan Hadi selesa memandangkan beliau merupakan anak didik Hadi dan dekat dengannya.

“Saya yakin dia tak akan menerima pencalonan jadi bila saya kemukakan nama Tuan Ibrahim, dia selesa kerana dia sendiri yang tarbiah, dia didik dan dia yakin anak buah dia sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi, nama kontroversi seperti Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Presiden Mohamad Sabu tidak dicalonkan demi perpecahan parti seperti berlaku pada tahun 1982.
“Kita tak kemukakan tokoh kontroversi seperti Husam dan Mat Sabu , kita kemukakan (Tuan) Ibrahim.

“Bagi saya perpaduan parti perlu dijaga, keutuhan ahli kita tidak mampu untuk menghadapi perpecahan parti seperti tahun 1982,” katanya.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana