PKR Wajibkan Ahli Sertai Demo #KitaLawan....Pergilah Kena Tangkap Barulah Tahu

KUALA LUMPUR 27 Feb - PKR hari ini mengeluarkan arahan untuk mewajibkan ahlinya menghadiri perhimpunan #KitaLawan di ibu kota Sabtu ini.

Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli berkata, PKR juga berharap pihak berkuasa tidak cuba menghalang hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Rafizi berkata, perjuangan Kita Lawan adalah selaras dengan pendirian PKR untuk melindung rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 dan percubaan polis untuk menyekat kebebasan berhimpun.

Sejak pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari, aktivis telah berkumpul di pusat membeli-belah Sogo setiap petang Sabtu untuk menuntut pembebasannya.

Kempen terkini Kita Lawan melibatkan desakan pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya berundur.

Perhimpunan pada hari Sabtu itu berkebetulan dengan majlis perkahwinan untuk anak perempuan Najib,di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Polis menangkap lebih enam aktivis dan pemimpin pembangkang selepas perhimpunan besar-besaran yang menyaksikan perarakan 10,000 peserta dari Sogo ke KLCC pada 7 Mac.

Semalam, enam lagi ditahan semasa protes duduk berehampiran Dataran Merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana