PKR ulang mohon petisyen Agong kerana mahkamah tak adil....Salah Saja Mahkamah Tak Adil...PKR oh PKR

SHAH ALAM: Faktor ketidakadilan menjadi tunjang kepada petisyen pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Yang di-Pertuan Agong, demikian menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jelas isteri Ketua Umum PKR itu lagi, seluruh keluarganya mengambil masa yang panjang untuk berfikir untuk membuat tindakan susulan sebaik sahaja hukuman dijatuhkan 10 Februari lalu.

"Selepas Anwar didapati bersalah, seluruh ahli keluarga berfikir bagaimana kami dapat meneruskan untuk memohon pengampunan.

"Kami tidak memohon pengampunan diraja kerana beliau bersalah. Beliau tidak bersalah. Pengampunan dipohon kerana tidak berlaku keadilan," kata Wan Azizah ketika kemunculan pertamanya di majlis makan malam di Kajang selepas Anwar dimasukkan penjara atas tuduhan meliwat.

Selasa lalu keluarga Anwar menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.

Mereka memohon pengampunan di-raja untuk Anwar yang dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sendiri tidak menandatangani petisyen itu, tindakan yang disifatkan beberapa peguam sebagai menghakis “kekuatan” petisyen itu sendiri.

Permohonan keluarga Anwar memohon pengampunan daripada  istana itu bagaimanapun membolehkan beliau terus menjadi Ketua Pembangkang dan tidak perlu mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh.

PKR turut membuat permohonan berasingan untuk Anwar dibenarkan menghadiri sidang penggal baru Parlimen bulan depan. Permohonan itu akan dipertimbangkan oleh Peguam Negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana