PKR siasat Roslan patuhi atau tidak larangan hadiri DUN Kelantan - Rafizi

KUALA LUMPUR: PKR akan menyiasat sama ada ADUN tunggalnya di Kelantan, Roslan Puteh mematuhi arahan untuk tidak menghadiri sidang DUN negeri itu, hari ini.

Setiausaha agungnya, Rafizi Ramli berkata, PKR secara jelas memberi arahan kepada Roslan untuk tidak menghadiri, membahas dan mengundi usul pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang dibentang kerajaan negeri itu.

"Kami telah mengarahkan ADUN kami untuk tidak berada di sana dan tidak mengambil bahagian.

"Beliau tidak ada di sana semalam tapi kami sedang memeriksa sama ada beliau ada di sana hari ini," katanya kepada pemberita di lobi parlimen sebentar tadi.

Rafizi bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada PKR akan mengambil tindakan tata tertib terhadap ADUN Guchil itu sekiranya beliau didapati melanggar arahan parti.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan parti mengeluarkan arahan kepada Roslan untuk tidak menyokong pindaan enakmen berkenaan.

Roslan, tidak menghadirkan diri pada hari pertama pembentangan enakmen hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau bagaimanapun dilaporkan hadir di pada hari ini dan turut sama menyokong enakmen berkenaan selepas tidak bangun membantah ketika diberi peluang oleh speaker DUN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana