PKR kekal hudud bukan agenda Pakatan...Sedar Lah Wahai Ahli PAS Sekelian

SHAH ALAM: PKR tetap berpendirian bahawa pelaksanaan hukum hudud seperti yang mahu dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan adalah bukan sebahagian daripada dasar kesepakatan bersama (common policy framework) Pakatan Rakyat.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, parti tetap bertegas dengan pendirian yang sama berhubung isu berkenaan, termasuk merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sebagai seorang Islam kita tak menolak hudud dan hukum Allah yang terkandung dalam Al Quran .. Itu jelas.. Kita telah menyatakan pendirian kita kepada PR tapi persoalannya hudud bukan perkara common polisi of PR.. Ia bukan dasar bersama PR.

"Dan Ustaz Hadi sendiri mewakili presiden PAS telah buat kenyataan terbuka saya kira pada 2010 bahawa hukum hudud tidak perlu disegerakan kerana ia bukan dasar bersama PR,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bulanan dengan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan PAS Kelantan yang tetap akan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Kelantan mencadangkan pindaan kepada undang-undang itu di peringkat DUN sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memudahkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Sebelum ini, DAP bertegas meminta wakil PAS Kelantan yang membentangkan draf pindaan tersebut dalam mesyuarat PR, 12 Mac lalu, untuk membawa pulang draf berkenaan untuk diteliti kerana beralasan ia 'melangkaui pindaan' dan menyerupai satu rang undang-undang baharu.

Malah ujar Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Gobind Singh Deo, parti itu tetap menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II  1993 Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada dasar bersama PR, selain berpendapat ianya bertentangan dengan perlembagaan.

"Dasar bersama PR adalah soal ekonomi, pendidikan, keselamatan.. Yang ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Dan kalau ini diberi keutamaan saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," ujar Azmin.

Mengulas mengenai 'peranan' satu-satunya ADUN PKR, Roslan Puteh, yang akan mewakili parti itu dalam sidang DUN Kelantan esok, ujar Azmin, ADUN Guchil itu perlu berpegang dengan pendirian parti seperti yang dinyatakan sebelum ini.

"Dia akan hadir (ADUN PKR).. Dia akan terlibat dalam perbahasan, pendirian Keadilan (PKR) telah pun dinyatakan dalam majlis presiden PR dua kali sebelum ini, yang terbaharu beberapa hari lepas dan pendirian kita jelas.. Yang perlu dipatuhi oleh komponen PR.

"Kita buat kenyataan sebelum ini bahawa kita menghormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 tapi untuk masa depan sebarang cadangan baru mestilah mendapat persetujuan majlis presiden PR,"ujar Azmin.

Menteri Besar Selangor itu juga menafikan Roslan diberikan arahan tertentu daripada parti dalam membuat keputusan bersabit undian dalam DUN esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana