PKR guna kenyataan Yusuf Al Qardawi bantah hudud PAS....Apa Punya Bebal Lah PKR Ni

 PKR yang tersepit perbalahan antara PAS dan DAP berhubung isu hudud menjadikan kenyataan tokoh Islam Yusuf Al Qardawi bagi parti itu melepaskan diri.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada sidang media di lobi Parlimen, Isnin memetik kenyataan Yusuf bahawa undang-undang Islam itu bukan isu yang perlu menjadi keutamaan.

“Saya memetik kenyataan Yusof Al Qardhawi, keutamaan dari segi melaksanakan Hudud ini tidaklah begitu penting berbanding keutamaan-keutamaan yang lain.

“Untuk  laksanakan sesuatu syariat Islam itu, kita perlu memilih yang lebih besar kesannya dan memberi kepentingan dan keutamaannya kepada ummah,” katanya.

Bersandarkan kenyataan itu, PKR menyamakan keputusan dengan DAP yang menyatakan secara keras menentang Hudud dan meletakkan amaran kepada PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS tetap ingin melaksanakan undang-undang Islam itu.

Kenyataan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu disambut baik Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin dengan menyatakan kenyataan Qardhawi itu perlu diambil kira kerana beliau adalah tokoh ulama yang paling disegani dan dihormati.

“Yusof Al Qardhawi adalah ulama yang tersohor, sepatutnya pandangan beliau itu kita kena ambil kira dan hormati oleh semua pihak,” katanya.

Diminta mengulas tentang kenyataan Hanipa itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya bersedia untuk menerima kritikan sama ada daripada ahli PAS sendiri mahupun ahli parti gabungan, namun seharusnya Hanipa berdiri seiring dengan pendirian yang PAS kemukakan.

“Kalau rasa tak penting maka tak perlu menyokong, tidak ada masalah, mereka boleh menolak mengikut proses demokrasi.

“Mereka nak bantah, terpulang kepada semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat, kita akur kepada keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz ketika ditemui pemberita sempat menyelar kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang mempersoal adakah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih komited dalam mempertahankan Pakatan Rakyat.

“Dalam hal ini tidak timbul isu khianat atau sebagainya, sebab Hudud dah wujud daripada 1993, semua itu adalah di dalam keadaan sedar.

“Selepas 2008, apabila semua bentuk pakatan rakyat, enakmen jenayah syariah itu pun wujud, sebab itu tidak ada sebab kenapa nak personal kredibiliti Datuk Seri Hadi,” ujarnya.

Anthony sebelum ini menjelaskan Hadi dalam mesyuarat pada 12 Mac lalu hanya membentangkan draf rang undang-undang, sementara rang undang-undang persendirian tidak pernah dibentang.

Ia sekaligus menyifatkan tindakan Presiden PAS itu tidak jujur kerana ingkar dengan keputusan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, malam ini akan memutuskan sama ada ingin mengambil tindakan terhadap parti PAS ataupun tidak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana