PKR Ancam Heret KP Penjara Ke Mahkamah....Siapa PKR Ni...Sesuka Ugut Pihak Berkuasa

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengheret Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar ke mahkamah kerana didakwa menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen yang sah seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata sepatutnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada Anwar untuk hadir ke Dewan Rakyat dan bukannya Zulkifli.

Beliau menyifatkan tindakan sebagai 'tidak logik' kerana Anwar telah dibenarkan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi namun tidak dibenarkan ke hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Mengikut Fasal 48 (4) (c), sehingga kini Anwar masih Ketua Pembangkang kerana petisyen yang difailkan oleh keluarga beliau kepada Yang Dipertuan Agong masih belum dibereskan, dan ianya diakui oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Peranan paling utama setiap Ahli Parlimen ialah menghadiri sidang Parlimen," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengheret Zulkifli ke mahkamah kerana menghalang seorang ahli Parlimen hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Saya juga akan bincang dengan peguam Anwar untuk tindakan selanjutnya. Kita juga akan mengajak rakyat turut sama dengan kita dalam isu memperjuangkan hak Anwar sebagai Ahli Parlimen yang sah sepertimana yang termktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya juga telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan Speaker. Namun hingga kini masih belum ada maklum balas daripada pihak Speaker," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana