Pindaan Hukum Hudud Mula Dibentang

KOTA BHARU 18 Mac - Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 2015 atau hukum hudud mula dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Seramai 45 Adun Kelantan mendengar pindaan enakmen itu dan seterusnya membuat undian sama ada menolak atau menyokong enakmen itu bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan dilihat berdepan laluan mudah untuk meluluskan pindaan enakmen berkenaan berikutan 32 daripada 45 Adun adalah daripada Pas manakala 12 lagi Umno dan seorang lagi PKR.

Kerajaan Kelantan sebelum ini menegaskan akan tetap membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini, walaupun mendapat bantahan dari pemimpin PR.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri telah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan mendapati tidak terdapat sebarang masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan Dun.

Mohd Amar berkata, dari segi format rang undang-undang itu kelihatan seperti sesuatu yang baharu tetapi sebenarnya ia pindaan kepada enakmen berkenaan yang telah diluluskan Dun Kelantan pada 1993.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan juga telah mengadakan taklimat berhubung pindaan enakmen berkenaan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Persidangan khas Dun Kelantan bagi membentangkan rang undang-undang itu dijadualkan mulai 16 hingga 19 Mac.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana