Penyokong Cina DAP & PKR Dominasi Himpunan KitaLawan, Mana Penyokong PAS?

Selalunya di mana-mana perhimpunan atau demonstrasi jalanan anjuran PR, ahli dan penyokong PAS dilihat kerap mendominasi dari segi jumlah penyertaan berbanding penyokong PKR dan DAP.

Tapi himpunan #KitaLawan yang berlangsung hari ini menampakkan perbezaan ketara apabila peserta keturunan Cina yang merupakan penyokong DAP dan PKR lebih ramai berbanding peserta Melayu.

Secara kasar penulis anggarkan mungkin tidak sampai 30 peratus peserta himpunan ini terdiri dari kalangan orang Melayu dengan kebanyakannya adalah penyokong PKR.

Hanya segelinitir sahaja orang Melayu yang pro PAS dikesan menyertai himpunan kali ini, itu pun  merupakan golongan PAS Anwarinas yang berkumpul di sekitar Pejabat PAS sebelum berarak ke Kompleks Sogo.

Jumlah yang hadir dalam demo kali ini juga tak melebihi 3,000 orang. Itu anggaran penulis, manakala portal Malaysiakini menyebut sekitar 10,000 hadir.

Mana satu yang betul terpulang pada pembaca untuk memilihnya, namun satu yang pasti himpunan #KitaLawan ternyata hambar dan lesu berbanding himpunan-himpunan besar sebelumnya.

Berkali-kali ganda jauh berkurangan berbanding penyertaan semasa himpunan HKR 2013 dan Bersih 3.0 2012. Satu kemerosotan yang cukup ketara. Itu hakikat.

Apa sudah jadi? Sepertinya penyokong PAS sudah mula menjauhkan diri dari himpunan yang ada kaitan dengan PR. Atau mungkin juga disebabkan tiada arahan atau kerahan dari pucuk pimpinan PAS menjadi punca utama kelesuan himpunan #KitaLawan hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana