Penulisan org ini yg bersifat menghina kepada Tuan guru Harun Din dengan menggelar tuan guru sebagai BOMOH ALA ISLAM! KURANG AJAR..!!!

Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan yang mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Dr Haron Din, pelantikan bomoh Islam itu sebagai musyidul am PAS sebagai menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan PAS.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron memberitahu, desas-desus cadangan ada sebahagian pimpinan PAS ingin melihat Umno dan PAS bergabung mendapatkan persetujuan Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ia perlu disegerakan.

"Haron mahukan proses itu dijalankan dengan segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah di mana akan berlaku kekeliruan kepada ahli," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dariada rakan saya itu, pelantikan Haron sebagai mursyidul am yang diumumkan kelmarin boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk menyegerakan agenda mempersatukan PAS dengan Umno yang sudah lama dirancang itu. Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Datuk Dr Hasan Ali yang masih dalam PAS pada masa itu.

Walaupun pelantikan Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggar kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulama (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunan kebiasaannya diadakan selepas muktamar.

Apabila pelantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Pelantikan itu yang diumumkan oleh Penolong Setiausaha PAS Datuk Takiyuddin Hassan bukannya oleh setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang Muktamar PAS pada Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tampak senang dan suka dengan pelantikan Haron itu. Najib mengalu-alukan pelantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki PAS.

Dengan mengingati pesanan arwah Datuk Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan PAS tentulah ia ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan pelantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada PAS. Apakah pujian Najib membawa petaka itu?

Bagaimana pun sekiranya benar Haron beria mahu menggabungkan PAS dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan PAS dengan Umno gagal, maka pelantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada PAS. – msomelayu.blogspot.com, 13 Mac, 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana