Penganjur #KitaLawan Tetap Teruskan Protes...Lihatlah Banner Tulisannya...

KUALA LUMPUR 28 Mac - Sekretariat #KitaLawan menegaskan himpunan tersebut tidak akan dibatalkan dan tetap diteruskan seperti dirancang.

Katanya, himpunan tersebut tetap dijalankan petang ini walaupun mendapatkan halangan dari pihak polis yang kini menahan beberapa pemimpin PR termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Himpunan #KitaLawan akan diteruskan seperti dirancang. Berkumpul di Masjid Jamek, Dataran Merdeka atau di Ibupejabat Pas. Kita akan mula bergerak ke Sogo jam 4.00 petang.

“Kita raikan hak kita untuk berhimpun secara aman. Berdiam diri bukanlah satu pilihan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 Sekretariat #KitaLawan memberitahu pasukan peguam, bantuan kecemasan dan pemerhati hak asasi manusia akan turut hadir dalam himpunan petang ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

Beliau berkata, ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kejadian, semalam.  

Khalid berkata, jika perhimpunan itu terus dijalankan, maka polis akan menangkap mereka yang terlibat.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana