Pemimpin PAS gesa Kelantan tangguh bentang undang-undang hudud

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perbezaan pendapat di kalangan pemimpin kanan PAS sama ada di peringkat negeri atau pusat berkaitan masalah dalaman parti itu kini semakin meruncing.

Selepas isu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan gagal mentadbir parti dengan berkesan, kini timbul pula desakan daripada pemimpin PAS sendiri supaya Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan pembentangan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Hari ini, pengamal undang-undang yang juga Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin, meminta Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan pembentangan undang-undang itu dan menumpukan usaha memulihkan kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini.

“Menangguhkan pembentangan undang-undang hudud itu bukan menjadi isu sebaliknya kerajaan negeri perlu menumpukan kepada masalah banjir yang melanda baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Hanipa yang baru-baru ini dikecam kerana membidas pentadbiran Abdul Hadi secara terbuka berkata, rakyat Kelantan memerlukan bantuan akibat banjir dan tidak bermakna undang-undang hudud itu tidak penting.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa DAP dan PKR menyetujui pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah.

“Untuk elak PR (Pakatan Rakyat) pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam kiriman terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada sidang DUN itu, Rabu ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana