Pemilihan PAS 2015: Haji Hadi dijangka menang tanpa bertanding... Mat Sabu dicabar

Seni politik 'ustaz-ustaz' hebat juga selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka kekal menang tanpa bertanding manakala timbalannya Mohamad Sabu berdepan cabaran.
Mesyuarat PAS kawasan bermula 1 Mac dan berakhir 21 April menyaksikan pertembungan paling menarik antara kumpulan yang setia dengan dasar perjuangan PAS dan kumpulan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas).

Haji Hadi sebelum ini berdepan dengan kritikan bertubi-tubi oleh golongan Anwarinas dalam PAS berikutan ketegasan beliau mengenai beberapa isu membabitkan pakatan pembangkang.

Berikutan itu ada ura-ura golongan Anwarinas mahu mencabar Haji Hadi dengan meletakkan seorang calon yang disebut-sebut golongn ulama iaitu Ustaz Ahmad Awang.

Ahmad Awang merupakan bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) aktif dengan PAS selepas Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998 dan pernah menjadi AJK PAS Pusat selain Pesuruhjaya PAS Perak.

Bagaimanapun, Ahmad Awang tidak sesuai untuk jawatan nombor satu PAS kerana kurangnya pengalaman dalam organisasi PAS selain pembabitan beliau dengan PASMA.

Pada Isnin, menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, beliau yakin Haji hadi akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Haji Hadi.

“Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden,” katanya di Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Mengenai jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.

Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Haji Hadi akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

“Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi).

Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita. Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (Presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, Bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana