Pembangkang salah guna Akta Perhimpunan Aman, nafi hak orang awam....PR Ingat Bapak Dia Punya Tempat Kot

KUALA LUMPUR: Seorang ahli parlimen membidas parti pembangkang kerana menyalahguna Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 untuk berhimpun bagi kepentingan politik mereka semata-mata sambil menafikan hak orang awam lain.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata beberapa siri demonstrasi yang dianjurkan pembangkang sejak akhir-akhir ini jelas diadakan hanya untuk kepentingan politik individu tertentu.

"Bila mereka mentafsir atas kepentingan sendiri maknanya apabila PR membuat tafsiran pada akta berkenaan berasaskan kepentingan sendiri dan kerana itulah mereka anggap apa saja yang mereka buat adalah betul sedangkan ia salah dari segi peraturan sedia ada.

"Sebab itu, tidak boleh kita melakukan perkara mentafsir ikut kepentingan kita dan melakukan perkara dan fikir hak kita sahaja, kita kena fikir hak orang lain.

"Yang menjadi masalah kepada PR ini apabila mereka hanya memikir hak mereka, hak mereka berhimpun tanpa fikir hak orang lain," katanya kepada Antarapos.

PKR melancarkan himpunan #KitaLawan sejurus selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Himpunan itu berlanjutan sehingga awal Mac ini apabila lebih kurang 5,000 penyokong menyertai himpunan haram itu di sekitar ibu pejabat PAS, Sogo, Masjid Jamek dan KLCC sehingga menyebabkan beberapa pemimpin PKR ditangkap.

Menurut Shamsul lagi, kerajaan tidak pernah melarang mana-mana pihak untuk berhimpun tetapi harus mengambil kira hak orang lain seperti peniaga, pelancong dan rakyat yang juga mahu keselesaan serta keselamatan di tempat awam.

"Kita boleh berhimpun, PR boleh berhimpun, berhimpunlah di tempat-tempat yang dibenarkan. Tidak boleh kita hanya memenuhi hak kita sendiri tanpa kita menafikan hak orang lain.

"Rakyat perlukan keamanan. Kalau kita adakan perhimpunan di Sogo, rakyat nak membeli-belah, pemilik perniagaan di situ nak berniaga. Mereka juga ada hak, hak mereka juga tertakluk dan dilindungi undang-undang," ujarnya.

Setakat ini seramai lapan individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan dan disoal siasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Antara pemimpin dan penyokong pembangkang yang ditahan menyertai himpunan itu adalah Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli; Ketua Setiausaha Pengelola PKR Pusat Mohd Fariz Musa; Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan yang terbaru Naib Presiden PKR Tian Chua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana