Pembangkang Menengakkan Benang Yang Basah...Kata Mahkamah Tak Adil Dan Zalim

Nurul Izzah Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang Isu Ditahan Polis

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung penangkapan dan penahanannya yang disifatkan sebagai "bertentangan dengan perlembagaan".

"Saya berpendapat bahawa penangkapan dan penahanannya itu adalah tidak wajar, berniat jahat, bertentangan dengan undang-undang dan mencabuli perlembagaan Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mendakwa kerajaan melakukan penghinaan mahkamah apabila menggunakan peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang didapati tidak mengikut perlembagaan oleh mahkamah dan penghinaan parlimen kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap ahli parlimen yang berucap di Parlimen.

"Ini bertentangan dengan imuniti sebagai ahli parlimen, sepertimana yang termaktub dalam Artikel 63 (2), Perlembagaan Persekutuan," dakwanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil tindakan ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Nurul Izzah dibebaskan dengan jaminan polis, selepas kenyataannya direkodkan berhubung ucapan berbaur hasutan yang didakwa diucapkan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Parlimen minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana