Pembangkang hantar notis rujuk IGP ke JK Parlimen....Berpolitik 24 Jam Apa Kejadahnya

Pembangkang sudah menghantar notis kepada Dewan Rakyat dalam usaha mereka merujuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan kerana didakwa melanggar keistimewaan ahli Parlimen.

Ini susulan tangkapan dibuat terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengecam institusi kehakiman..

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, notis itu diterima oleh pejabat speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pakatan kini sedang menunggu keputusannya.

Bukan ahli Parlimen boleh dirujuk ke jawatankuasa itu jika dianggap melanggar keistimewaan seseorang anggota dewan.

Kit Siang berkata, tindakan Khalid bertentangan dengan peruntukan Fasal 63(2) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kekebalan bagi sesuatu yang diucap seseorang wakil rakyat semasa perbahasan dalam Dewan.

“Oleh itu, ia merupakan suatu pencabulan yang amat serius terhadap hak dan keistimewaan Dewan.

“Pengecualian di bawah Fasal 63(4) juga tidak membenarkan tindakan polis terhadap Nurul Izzah kerana ucapan yang dibaca beliau tidak menyentuh mana-mana perkara di bawah Seksyen 3(1)f Akta Hasutan 1948,” kata Lim dalam surat tersebut.

“Kekebalan seseorang ahli Parlimen juga disebut dengan nyata di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tanpa apa-apa pengecualian.”

Lim berkata, sehubungan penahanan Nurul Izzah pada 16 Mac lalu, Khalid bertanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai pengetahuan peribadi pada setiap masa berkenaan penangkapan dan penahanannya.

“Oleh yang demikian saya memohon supaya Yang di-Pertua merujuk ketua polis negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana penghinaan dan gangguan terhadap perjalanan Dewan yang mulia ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana