Pembangkang Bising Kadar Teksi Naik, Tarif Air Di Pulau Pinang Naik 16.7% Kenapa Senyap?

Pulau Pinang bakal naikkan tarif air bermula 1 April ini. Tahniah pengundi Pulau Pinang, kerana sejak DAP memerintah Pulau Pinang, sudah 3 kali tarif air dinaikkan dan sekali perkenalkan surcaj yang melampau. Kalau pelarasan tambang teksi dinaikkan untuk meningkatkan taraf hidup pemandu-pemandu teksi yang rata-ratanya hidup dalam kesempitan, kenaikan tarif air untuk faedah siapa ya? Adakah untuk faedah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang antara lain termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu?

Semakan kadar tambang teksi yang terakhir telah dijalankan empat tahun lalu pada tahun 2009 oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Di Pulau Pinang, negeri yang diperintah oleh DAP, sudah 3 kali tarif air dinaikkan!!! Cuba kita lihat cakap-cakap orang munafik mengenai tarif air. Ini apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang kata pada Jun 2011.

Berbanding dengan kenaikan tarif air yang tidak jelas kenapa ianya perlu dinaikkan sehingga 4 kali dari 2011 hingga 2015, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempunyai kewajaran dalam mengkaji, menyemak dan membuat keputusan walaupun sukar untuk kenaikan tambang teksi dan bas ekspress yang tidak pernah dilakukan semenjak 2009! Baca dengan akal dan perasaan kenapa pelarasan tambang teksi dan bas ekspress perlu dilakukan seperti infografik di bawah. Bukankah pemandu-pemandu teksi dan bas ekspress juga Rakyat Marhaen seperti kita juga?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana