Pelbagai Marah Pada Dr Asri....Tuduhan Dr Asri terhadap Ustaz Kazim berat dan zalim
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) melahirkan rasa kesal dengan tindakan melulu Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang menyekat pendakwah terkemuka tanah air Datuk Ustaz Kazim Elias dari menyampaikan ceramah agama di negeri itu.
Presidennya, Zamihan Mat Zin (gambar kiri) berkata alasan yang diberikan kononnya Ustaz Kazim menggunakan riwayat hadis palsu adalah tidak masuk akal kerana pendakwah itu hanya membuat perbandingan antara kenduri kahwin mewah sekarang dgan apa yang diamalkan Rasulullah SAW.
"Rakaman ceramah Ustaz Kazim juga jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menyebut Nabi SAW melakukan kenduri kahwin dengan roti jala dan kuah kari. Sebaliknya beliau hanya menjadikan instrumen itu sebagai bahan perbandingan amalan sahaja.
"Justeru, dakwaan bahawa Ustaz Kazim pembawa hadis palsu adalah satu tuduhan yang teramat berat dan zalim. Ini kerana pembawa hadis palsu adalah perosak kepada Islam dan pengkhianat kepada Nabi SAW. Ia dikategorikan sebagai jenayah berat dalam Islam. Dan di akhirat kelak dijanjikan balasan api neraka,"katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Zamihan, sebagai seorang Mufti, sepatutnya Dr Asri bersifat terbuka dan matang iaitu dengan merujuk kepada Ustaz Kazim terlebih dahulu sebelum bertindak menyekat ceramahnya dan melabelkannya sedemikian melalui medium rasmi Jabatan Mufti Perlis.
"Apakah ada rasa kurang senang dalam diri Dr Asri terhadap populariti Ustaz Kazim yang semakin meningkat ataupun Asri mempunyai agenda tertentu di sebalik kes yang memualkan ini. Atau fahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disampaikan Ustaz Kazim tidak sealiran dengan beliau," soal Zamihan.
Jelas beliau, tindakan salah faham yang bersifat gopoh sebegini telah berjaya menimbulkan fitnah pada agamawan, institusi Mufti dan merugikan umat Islam.
"Inilah padahnya apabila mufti yang dilantik tidak mempunyai nilai etika kemuftian, tiada integriti dan sering teruja mencetuskan kontroversi.
"Dr Asri dilihat pernah mengecam YAB PM yg memakai kurta sewaktu hadir majlis Thaipusam, mengkritik Sultan Johor yang hidup mewah, mencabar Mufti Kedah untuk berdebat tentang Wahhabi, memperlekeh Fatwa Negeri Sembilan berkaitan Wahhabi,pernah ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor dan pelbagai isu lain.
"Tetapi apabila diajak berdebat secara ilmiah beliau kelihatan banyak menikus. Sayangnya, beliau masih dipilih sebagai Mufti.
"Oleh itu, tiba masanya Majlis Fatwa Kebangsaan atau SUK mengeluarkan garis panduan bagi Mufti supaya institusi Mufti kembali dihormati dan disegani masyarakat," kata beliau.
Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Armand Azha Abu Hanifah berpendapat, isu Ustaz Kazim dan Dr Maza eloklah diselesaikan secara tertutup.
"Saya mohon Menteri Agama Dato Dr Jamil Khir jadi orang perantaraan dalam menyelesaikan isu ini secara baik dan saksama. Saya mohon penyokong kedua-dua pihak tidak menyerang satu sama lain kerana ini hanya akan merugikan martabat dan maruah agama Islam," kata beliau.

Comments