PAS tunggu masa sesuai mulakan siasatan pada Mat Sabu dan Hatta....Biasalah Golongan ANWARINAS AKhirnya Kes Ini Senyap Terus Jer

SABAK BERNAM: PAS sedang mengunggu masa yang sesuai untuk memulakan siasatan terhadap Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli berhubung dakwaan komplot menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali sekali lagi memberi jaminan bahawa timbalan presiden dan pengarah pilihan raya PAS itu akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Akan dipanggil (Mat Sabu dan Hatta), setakat ini belum lagi.

"Kita tunggu masa yang sesuai," katanya ringkas kepada Antarapos tadi ketika ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat dan Meraikan Petugas Banjir bagi kawasan DUN Sungai Panjang tadi.

Antarapos sebelum ini pernah menghubungi Mustafa untuk bertanyakan adakah jawtankuasa itu sudah dibentuk dan siapakah ahlinya.

Mustafa bagaimanapun enggan menjawabnya sebaliknya berkata perkara itu akan diumumkan bila tiba masanya.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu sebelum ini berkata hanya akan menjelaskan dakwaan ke atas dirinya itu kepada Hadi sendiri dan jawatankuasa yang ditugaskan menyiasat perkara itu, sekiranya diminta.

Begitu juga Hatta, turut mengambil pendekatan selamat dengan tidak memberikan sebarang komen bersabit dakwaan itu kepada mana-mana media, sejak dipalit dengan kontroversi itu.

Mat Sabu dan Hatta dihimpit tuduhan mendalangi gerakan menjatuhkan Hadi selepas pengendali Facebook Tuc Tich Husin Ceroi dan Ketua Pemuda PAS Kuantan mengaitkan mereka dengan insiden itu.

Selain Mat Sabu dan Hatta, beberapa nama turut disebut terlibat dengan gerakan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana