PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat - Tuan Ibrahim DiHina Dan DICaci Oleh DAP Tetap Setia Jugak?

SHAH ALAM: PAS menegaskan bahawa parti itu tetap bersama Pakatan Rakyat meskipun berdepan dengan pelbagai konflik sejak akhir-akhir ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, sambil merujuk kepada tahaluf siyasi dalam Pakatan masih disokong oleh Presiden parti dan Majlis Syura.

"Salah satu dari kenyataan Presiden dan Majlis Syura ialah PAS akan tetap bersama PR. Maka tidak timbul soal keluar dari PR.

"Demikian juga seandainya tahaluf kita bercanggah dengan syarak, tentulah Majlis Syura tidak akan membuat kenyataan untuk tetap bersama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah beliau tidak menolak musuh politik Pakatan yang mahukan parti itu berpecah belah.

Namun ujarnya Pakatan perlu bijak dalam menangani masalah dan tidak perlu secara terbuka dalam menghentam atau mengkritik antara komponen parti.

"Bukan semua penulisan dan pandangan perlu dibahas. Sebagai contoh untuk keluar dari muafakat PR, ia bukan boleh dilakukan dengan kenyataan satu dua pimpinan atau ahli, ia mesti dibahas dan diterima oleh muktamar.

"Ada yang menuduh PAS akan bersama dengan Umno walau berpuluh kali ditegaskan dan dinafikan oleh pimpinan, masih ada yang percaya sedangkan semua dasar utama dan perkara besar mesti dibahas dan diterima dalam muktamar," tegas beliau.

Beliau turut menyatakan kelemahan ahli parti yang terlalu mudah untuk mempercayai sumber-sumber yang tidak sahih, sebaliknya Tuan Ibrahim menasihatkan untuk merujuk parti terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

"Blogger dan penulis upahan inilah yang mewujudkan pelbagai kegawatan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat.

"Di sinilah keperluan ahli merujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber utama, manakala penulisan lain tidak boleh dijadikan pegangan," katanya lagi.

Isu PAS keluar Pakatan ini sudah lama bertebaran namun sehingga kini parti itu masih kekal bersama PKR dan DAP.

Perkara ini menjadi semakin serius selepas kerajaan PAS Kelantan tidak berganjak daripada rancangannya meminda Enakmen Jenayah Syariah yang membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di negeri itu.

Kedegilan itu telah menyebabkan DAP mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bahawa PAS bukan lagi sebahagian daripada Pakatan jika ia membentangkan rang undang-undang (RUU) hudud di DUN Kelantan bulan ini kerana langkah itu tidak disokong gabungan itu.

Menurut DAP, Pakatan mesti menunjukkan komitmen mendukung rangka kerja dasar bersama mereka walaupun ia bermakna menggantung atau memutuskan hubungan dengan mana-mana rakan sekutu - baik PAS, PKR mahupun DAP - yang mengancam semangat gabungan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana