Pas mungkin wakilkan Hadi bentang hudud...Kita Tengok Siapa Yang Tolak Hukum Ini Di Parlimen Nanti

KOTA BHARU - Pas akan membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan, kata Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, Pas pusat belum memutuskan Ahli Parlimennya yang akan membentangkan rang undang-undang itu dan berkemungkinan ia boleh dilakukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang sendiri yang juga Ahli Parlimen Marang.

"Kerajaan Kelantan mahu rang undang-undang persendirian dibawa ke Dewan Rakyat secepat mungkin dan masa masih ada kerana sesi sidang Dewan Rakyat sekarang akan berakhir pada 9 April," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.  

Dun Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).  

Pelaksanaan kanun berkenaan di negeri ini tertangguh lebih 20 tahun sejak ia diluluskan Dun Kelantan pada 1993 kerana halangan perundangan.  

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dan pengamal undang-undang berkata, Pas Pusat akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi memutuskan tarikh dan ahli  parlimen yang akan membentangkan rang undang-undang persendirian itu.  

Takiyuddin yang juga Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan berkata, melalui rang undang-undang persendirian itu dua perkara akan dibuat pindaan iaitu Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana