PAS desak The Malaysian Insider mohon maaf

BANGI, 7 Mac – Penyiaran sekeping gambar yang didakwa telah melalui proses superimpose oleh portal
berita The Malaysian Insider, hari ini menjadi viral dalam laman sosial, termasuk blog, hingga menimbulkan
ulasan-ulasan lucu di kalangan pembaca.

Gambar ‘superimpose’ itu disiarkan bersama laporan berita perhimpunan mendesak pemimpin PKR yang
dipenjara di Penjara Sungai Buloh dibebaskan dan dirakamkan di hadapan Ibu Pejabat PAS.

Beberapa penulis blog dan pembaca turut mempersoalkan motis portal berita berkenaan menyiarkan
gambar berkenaan. Sesetengahnya berpendapat portal berita liberal itu mahu memburuk-burukkan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha menjatuhkannya.

Berikut adalah gambar ‘superimpose’ yang menjadi viral itu.

Jika diperhatikan betul-betul, bentuk perkataan (font) ‘HADI’ tidak sama dengan yang lainnya.

Bagaimanapun, semakan ke atas laman portal berkenaan malam tadi mendapati gambar itu dipercayai sudah dibuang.

Sementara itu, PAS melalui lidah rasminya Harakah Daily malam tadi mendesak The Malaysian Insider memohon maaf berikutan penyiaran gambar palsu itu yang mendakwa kononnya

peserta demonstrasi Kila Lawan yang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PAS memegang banner dan poster yang bertulis ‘Undur Hadi’.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya berkata, penyiaran berita palsu itu amat memalukan sekali gus menjatuhkan kredibiliti portal berita berkenaan.

Berita palsu itu, katanya, berniat jahat kerana ia berunsur untuk melagakan peserta demonstrasi kepada PAS dan Abdul Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana