PAS bayangkan Anwar tiada harapan diampunkan kerana Ku Nan....BODOH Nya Kenapa Nak Libatkan UMNO PLak

Tak usah nak tunjuk hebat dan hero lah...tuduh UMNO...orang yang salah kenapa nak kaitan dengan Ku Nan Plak?Pasal orang UMNO...ptuihhhh

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan mempunyai peluang yang tipis untuk dibebaskan kerana Lembaga Pengampunan turut dianggotai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, demikian menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Oleh itu kita kena faham.. itulah harapan terakhir keluarga beliau, tapi kalau tengok, dalam lembaga (pengampunan) itu ada nama Ku Nan, apalah ada harapan bagi mereka," katanya dalam Ceramah Perdana Isu Semasa, di sini, malam tadi.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno, sekaligus dikaitkan sebagai faktor yang mungkin mempengaruhi petisyen pengampunan berkenaan.

Selain Tengku Adnan, lembaga yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong itu turut dianggotai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan tiga individu lain lantikan Agong, yang bukan wakil rakyat.

Pada 23 Februari lepas, isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang Di Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ujar Salahuddin lagi, walaupun tindakan keluarga Anwar yang memfailkan petisyen itu mengundang kontroversi, namun beliau berkata itu merupakan satu-satunya jalan terakhir yang ada bagi membebaskan Anwar.

"Beberapa hari lalu keluarga beliau telah menyampaikan surat permohonan rayuan kepada lembaga pengampunan dan surat itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Kepada musuh beliau surat itu seolah satu endorsement (perakuan) bahawa Datuk Seri Anwar memang terlibat dalam kes itu.

Isteri beliau dan anak-anak beliau, mereka tak punya apa-apa harapanlagi, tidak ada lagi jalan untuk mereka dapatkan keadilan melainkan itulah cara terakhir, merayu kepada lembaga pengampunan yang dipengerusikan sendiri oleh YDPA,"katanya.

Secara sinis kata pemimpin PAS itu lagi, sekiranya ada pilihan 'mahkamah dan hakim swasta' seperti mana pilihan untuk mendapatkan rawatan, maka itulah jalan yang akan dipilih untuk mendapatkan keadilan.

"Dalam negara ini sekiranya kita kadang-kadang dituduh. (ada yang kata) kalau tak percaya mahkamah, tak percaya hakim, kenapa pergi mahkamah? kenapa ambil peguam untuk pergi mahkamah, jawapannya kita tak ada pilihan. Sebab mahkamah dan hakim tak ada mahkamah swasta dan hakim swasta,"kata beliau.

Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu atas kesalahan meliwat Saiful pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana