ORANG PAS KEDAH DAH MULA BALUN GENG "PASMA" DI SELANGOR..!!!

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad tidak perlu terasa pedas dengan kenyataan Dewan Ulama PAS yang mengecam pihak tertentu di dalam PAS yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan di Kedah berkata, jika Dzulkefly tidak berniat di hati untuk menjatuhkan Abdul Hadi, dia tidak perlu tersinggung dengan kecaman tersebut kerana namanya langsung tidak disebut terlibat dalam gerakan itu.

"Yang dia terasa sangat tu pasai apa? Ada Dewan Ulama sebut nama dia dalam Multaqa' Ulama tu?" katanya membidas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS tersebut.

Menyokong penuh resolusi Multaqa' Ulama PAS Se-Malaysia ke-2 yang berlangsung di Serdang baru-baru ini, AJK PAS Kawasan yang enggan disiarkan nama itu bersetuju dengan kecaman yang dilontarkan kepada pihak yang dikatakan cuba merosakkan PAS dari dalam.

"Saya sangat setuju, memang saya yakin wujud gerakan yang merosakkan PAS dari dalam dan Dewan Ulama PAS berhak membuat kecaman tersebut bagi memastikan jemaah parti tidak terpengaruh dengan gerakan macam tu," katanya mengulas tindakan dan resolusi Multaqa' Ulama berkenaan.

Dewan Ulama PAS baru-baru ini secara terbuka mengecam beberapa individu yang dikenalpasti mereka sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS, khususnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antaranya teguran keras yang diberikan Dewan Ulama PAS adalah dengan menyifatkan komplot berkenaan sebagai "syaitan dalam jemaah" dan menggesa pucuk pimpinan parti itu memecat individu-individu berkenaan.

Bagaimanapun, dalam reaksi berkenaan hal itu, Dzulkefly menegaskan bahawa dia telah hilang rasa hormat pada golongan ulama yang memaki hamun para pemimpin di dalam jemaah sendiri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah pula membidas kenyataan Dzulkefly itu dengan menjelaskan bahawa teguran itu sememangnya agak keras dan bersesuaian dengan ancaman dalaman terhadap PAS.

Beliau yang juga merupakan AJK PAS Pusat turut menyifatkan tindakan Dewan Ulama itu sebagai nasihat dan bukannya bertujuan mencela.

"Kadang-kala nasihat itu kedengaran keras, sesuai dengan kesilapan yang dilakukan, bukan teguran dibuat dalam lembut sahaja.

"Kalau kita tengok kaedah al-Quran sendiri, ada kalanya ALLAH menegur dengan lembut, ada masnya ALLAH menegur dengan bahasa yang keras.

"Dalam Surah Al-Haq ALLAH sebut celakalah kedua belah tangan Abu Lahab dan dia sendiri celaka, jadi ALLAH sendiri menggunakan perkataan yang keras dalam keadaan tertentu sesuai dengan kesalahan yang dilakukan itu," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana