Nyalaan lilin untuk Anwar berakhir malam ini...Aikkk Kata Nak Tunggu Sampai 5 Tahun...Hu Hu Hu

SHAH ALAM: Meskipun pernah 'berjanji' untuk menyalakan lilin di luar penjara Sungai Buloh sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, nampaknya aktiviti itu akan tamat pada malam ini.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, keputusan itu diambil selepas Ketua Umum PKR itu kononnya mahu mereka 'move on' (meneruskan kehidupan).

Malah Anwar mahu kesemua mereka merancakkan lagi program  solidariti di seluruh negara, dimana ia akan diadakan setiap malam keempat.

"Jadi, kita terima arahan tersebut. Malam ini malam terakhir kita berkumpul menyalakan lilin di hadapan penjara. Selepas itu kita akan buat acara pada setiap malam ke-4.

"Lebih penting, kita tidak lagi berhimpun di penjara Sungai Buloh dan akan memulakan gerakan lebih besar menjelajah di seluruh negara," katanya  pada sidang medianya di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar dalam pada itu melahirkan penghargaannya terhadap kehadiran kumpulan tersebut semenjak beliau dijatuhkan hukuman penjara pada 10 Februari lalu.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Kehadiran kita dan nyalaan lilin itu tanda solidariti kepadanya. Ia membantu menaikkan semangat juangnya.

"Tetapi pada masa sama, beliau berkata, kesukaran itu lebih besar. Ia sebenarnya melangkaui di hadapan penjara Sungai Buloh. Beliau suruh kami 'move on'," katanya.

Kumpulan itu mengadakan himpunan nyalaan lilin setiap malam di luar penjara Sungai Buloh sebagai membantah keputusan mahkamah sejak 11 Februari terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana