Nizar Jamaluddin Tolak Hudud? Dia Ni Ahli PAS Atau DAP?

Pakatan Rakyat Perak tolak Hudud Kelantan. Serupalah juga seperti mana PAS Perak tolak Hudud PAS Kelantan. Tambahan lagi Pesuruhjaya PAS Perak turut sama dalam sidang media. DS Nizar Jamaludin ini ahli PAS ke DAP? Itulah banyak sangat terhutang budi dengan kafir harbi sehinggakan hukum Islam ditolak ke tepi.

Sudah berzaman UMNO digelar kafir kerana difitnah menolak hukum Hudud. Ahli PAS dan PKR yang tidak mahu menerima hukum Hudud yang diluluskan di Kelantan kita hendak panggil apa? Dulu beriya-iya cakap pasal hukum Allah, tiba bila bersongkol dgn DAP, buang Islam. Di manalah letaknya pendirian orang-orang Islam yang mudah sangat di beli.

Nizar Jamaluddin macamana tidak tolak Hudud. Ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak dalam masa yang singkat, DAP yang berkuasa. Melayu PAS berkopiah putih yang berada dalam gambar tu sepatutnya dibuang dari PAS kerana melawan parti. Datuk Dr Hassan Ali dulu pun dibuang begitu saja walaupun beliau begitu istiqomah dengan PAS. Inilah muka-muka yang tidak malu pada Allah. Ketika atas pentas PAS, berdegar-degar cakap fasal agama. Elok juga akhirnya dapat juga tahu siapa yang bertopengkan Islam yang patut di singkirkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana