Nak Kasihan dia Ker.... perhimpunan sokong Anwar di Sogo tidak dapat sambutan

Balik-balik muka itu juga... tiap-tiap minggu orang yang sama menyertai perhimpunan yang asalnya untuk menyuntik sokongan orang ramai terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara selepas di dapati bersalah kes liwat tiga minggu lalu.
Seiring masa, himpunan dengan tema Kita Lawan setiap Sabtu di 'downtown' Kuala Lumpur itupun semakin suram.

Peserta tetap adalah sekumpulan pemuda gelandangan memakai baju hitam dan bermain alat musik yang membingitkan telinga bercampur dengan sekelompok pemimpin dan ahli PKR yang menjerit-jerit separuh semangat, separuh terpaksa.

Dengar khabar PKR menyeluarkan arahan kepada setiap Cabang (kawasan) untuk mengambil bahagian dalam tunjuk rasa setiap minggu itu.

Ada perkeliling khas yang diedarkan untuk minta ahli dan pemimpin PKR digerakkan ke Sogo.

Petang Sabtu minggu ketiga... kisahnya kurang daripada 150 orang hadir untuk perhimpunan tersebut.

Kehadiran anggota polis berjaya mengawal suasana dan laluan trafik di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Antara muka wajib adalah Naib Presiden PKR Tian Chua, ADUN PAS yang digantung Saari Sungib serta Ketua AMK PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam ceramahnya, Tian Chua yang melalak-lalak seolah-olah semua orang ramai yang ada di Jalan Tungku Abdul Rahman itu adalah penyokong mereka mahu polis perlu memahami kehendak mereka.

“Tiada siapa yang cedera atau diancam. Ini adalah kuasa dan hak rakyat. Kami akan melindungi hak kami seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

“Tiada siapa yang boleh beritahu kita bila dan di mana kita boleh berhimpun," katanya.

Perhimpunan itu yang bermula jam 4 petang menyaksikan sekumpulan kecil peserta yang menyedari tiada sambutan di Sogo berjalan ke KLCC bersama kumpulan pancaragam untuk menarik perhatian orang ramai.

Mereka kemudiannya memekak di hadapan air pancut dataran KLCC sebelum beredar tidka lama kemudian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana