Najib Tetap Nombor Satu

Dalam organisasi, kita mempunyai hieraki dan Nombor 1 adalah ketua kita. Tanggungjawab kita sebagai orang di bawah No 1 adalah menyokong dan mempertahankan No 1 dalam apa keadaan sekali pun.

Prinsip ini harus jadi pegangan, apatah lagi dalam suasana organisasi kita berhadapan sebarang krisis.

Mungkin kita tidak bersetuju ke atas sesuatu tindakan dan itu hak kita . Tetapi kita harus suarakan pendapat kita dalam perbincangan dan sebaik keputusan dibuat, kita harus sokong sepenuh hati dan pertahankan keputusan ketua kita.

Adalah amat tidak berprinsip jika di luar mesyuarat kita mempunyai nada yang berbeza. Ini akan dilihat sebagai permasalahan oleh khalayak.

Kalau kita benar-benar tidak setuju sama-sekali dengan keputusan mesyuarat, maka jalan terbaik untuk kita ialah berundur atau mengundur diri.

Jangan sesekali kita mengambil tindakan sabotaj semata-mata untuk mengagalkan matlamat organisasi kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah Nombor 1 dalam organisasi parti kita. Beliau juga Nombor 1 dalam kerajaan yang memerintah. Beliau adalah pilihan rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lepas untuk menjadi Perdana Menteri.

Kita jangan sesekali bertindak mensabotaj atau `undermining No 1' dengan pelbagai isu, sebaliknya kita harus mempertahankan tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Nombor 1 atas prinsip bahawa keputusan itu adalah keputusan parti.

Dalam isu 1MDB, Hudud dan GST misalnya, kita kena bersama Nombor 1. Apa jua pandangan peribadi kita ketepikan dan jangan sesekali terperangkap dengan permainan politik pesaing kita.

Pesaing kita hanya mahu memanipulasi pemikiran rakyat dan sanggup membuat pelbagai tohmahan. Matlamat mereka agar parti kita dibenci. Kita ada kekuatan organisasi yang utuh untuk menjelaskan kebenaran kepada masyarakat.

Berpegang prinsip ini juga, kita harus bulatkan tekad dan membentuk hanya satu pasukan dalam organisasi, dengan berketua Nombor 1. 11. Atas nada yang sama, dan atas semangat perjuangan organisasi, semua kita hendaknya meletakkan diri sebagai `orang Nombor 1' kerana realitinya Nombor 1 Tetap Nombor 1.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana