Najib Doa Perkahwinan Anak Perempuannya Diberkati Allah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdoa semoga perkahwinan anaknya Nooryana Najwa bersama pasangannya Daniyar Kessikbayev akan diberkati Allah SWT.

"Saat bahagia yang dinantikan anak perempuan saya Gina akan berlangsung malam ini. Sebagai ayah, saya doa agar Gina menjadi seorang isteri yang solehah, insya-Allah," katanya dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitter danFacebook hari ini.

Beliau turut berharap agar anaknya akan sentiasa bahagia di samping suami.

Semalam, jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung hari ini di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, yang akan disempurnakan sendiri Najib.

Jamil Khir berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital."

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan, ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana