Mulut Lim Kit Siang Memang Biadap!!!! Hudud Cabul Perlembagaan Persekutuan, Kata DAP

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mendakwa pelaksanaan rang undang-undang kanun jenayah syariah hudud di Kelantan akan mencabul Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Menurut Penasihat DAP itu, gabungan kerajaan perpaduan (UG) antara PAS dan UMNO juga akan membawa padah kepada parti Islam itu yang disifatkan beliau sebagai 'senjata menikam diri sendiri'.

"Ini sebabnya kenapa godaan konspirator UG Umno terhadap PAS dengan berumpankan pelaksanaan hudud di Kelantan boleh sahaja menjadi senjata yang menikam diri sendiri, ia mampu menghancurkan kedua-dua Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

"Selagimana Najib masih bergelut dan terhalang daripada menyatakan secara jelas pendirian yang dipegang oleh lima Perdana Menteri sebelumnya, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah; bahawasanya undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dengan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia," katanya lapor Roketkini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana