Mudahnya PAS Hanya Meminta Maaf Saja!!!! Tarik balik kenyataan jika mahu berdamai, kata PAS kepada DAP

KUALA LUMPUR: PAS enggan 'berbaik semula' dengan DAP sehingga parti itu menarik balik kesemua kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, DAP sudah bertindak keterlaluan kerana menghina Hadi dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Tiada ertinya diadakan mesyuarat Pakatan Rakyat jika DAP terus dengan sikap sombong biadap dan enggan menarik balik tuduhan liar serta melampau mereka terhadap presiden.

"PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan. Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam gabungan pakatan,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan.

Selasa lalu, DAP mendakwa Hadi bersikap tidak bermaruah apabila menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk melanggari kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menggesa supaya Hadi meninggalkan Pakatan Rakyat jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung hudud di Dewan Rakyat.

Lebih parah apabila DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi, namun pada masa sama mahu meneruskan komitmen  dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar turut mendesak supaya DAP menarik balik semua tuduhan mereka terhadap Hadi.

"Serangan peribadi yang tajam dan kasar kepada presiden PAS seperti tuduhan mengatakan beliau khianat, tidak jujur, tidak bermaruah dan bergabung dengan Umno adalah serangan yang pasti mencalarkan hati dan perasaan sekalian ahli PAS.

"Tuduhan kononnya presiden PAS bekerjasama dengan Umno dalam isu hudud ini tidak munasabah kerana hak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memilih untuk menyokong pindaan yang dibentangkan kerajaan Kelantan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana