Menjawab tulisan pemimpin PAS di Malaysiakini....

Saya membaca tulisan Dr Rosli Allani Abdul Kadir, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu di Malaysiakini yang mmpersoalkan seolah-olah PAS sekarang tertutup dengan kritikan menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini.

Katanya lagi cara PAS menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.
Saya membaca dan terus membaca dan saya mendapat Dr Rosli sendiri keliru dalam membuat hujah serta contoh.

1. Dr Rosli menyebut jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan. Saya tak pasti dimana Dr Rosli rujuk kes ini?

Adakah Dr Rosli maksud ada pimpinan minta Mohamad Sabu mengundur diri kerana ada komplot menjatuhkan Presden secara tidak sah itu dikatakan tidak wala' dan dosa besar. Atau Kes Dr Hatta Mohd Ramli yang berwhatsapp membentuk kebencian kepada Presiden itu.

Jadi maknanya tuntutan Mohamad Sabu dan Dr Hatta Mohd Ramli mengundur diri adalah biasa bagi PAS seperti yang dibuat YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu dan TGNA tidak diambil tindakan pun.

Atau Dr Rosli bermaksud jika minta Presiden berundur itu mengikut TGNA (Begitulah terbukanya PAS pada waktu itu.) dan jika minta Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli tidak mengikut cara TGNA dan ini menyebabkan Dr Rosli rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS.

Maaf saya kata Dr Rosli sendiri tidak dapat melihat isu dalam suasana yang benar dan jujur yang mana Islam ajar dan yang mana Islam tak ajar sebagaimana TGNA dari dulu sehingga sekarang.

2. Dr Rosli ada menulis "Begitulah juga dalam soal menggesa pimpinan parti mengundurkan diri di mana Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka telah menggesa Datuk Asri mengundurkan diri sebagai presiden PAS dalam majalah Mingguan Bumi pada 23 Oktober 1982."

Malangnya Dr Rosli tidak menerangkan bahawa apa yang berlaku pada tahun 1982 itu adalah gerakan kepimpinan Ulama dalam PAS dimana bukan TGNA sahaja yang mengerakkannya. Malah dimainkan oleh kepimpinan ulama yang ada sehingga sekarang termasuk juga Cikgu Pa yang pada masa itu bergerak sebagai Pemuda.

Isu pada masa itu ialah Presiden PAS, Dr Asri lari daripada dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan teguran itu adalah untuk memastikan PAS bergerak atas dasar Islam.

Isu sekarang ialah orang yang menegur, malah menyanggap Presiden adalah orang yang cuba melarikan PAS daripada dasarnya dan mereka ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai agenda utama termasuk hudud yang hampir manjadi darah dan daging perjuangan PAS.

Tak payah Dr Rosli bawa contoh 1982 berkenaan TGNA. Saya bawa contoh TGNA 2014 dalam akhbar Harakah (tahu akhbar ini akhbar parti yang tidak dikuasai oleh geng ulama). TGNA menyebut pada 27/7/2014 bahawa beliau menyokong Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. (Baca di sini)

Petikan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik."

Takkan TGNA bijak semasa melawan Dr Asri dan Tidak bijak sekarang sehingga Dr. Rosli hanya nak ikut TGNA semasa lawan Dr Asri tetapi menderhaka TGNA semasa sekarang?

Saya rasa Dr. Rosli Alliani perlu memahami kata-kata ucapan TGNA sebelum beliau meninggal dunia sebelum membuat tulisan mengulas. Kalau benar TGNA semasa lawan Dr. Asri maka adalah lebih benar kata-katanya dalam Isu TGHH. Tapi malangnya Dr Rosli ingin membetulkan benang yang sudah basah.

3. Dr. Rosli ada menulis lagi.

Berhubung dengan konsep wala' pula, Pemuda PAS Kota Bharu menyeru semua ahli PAS kembali merenung baiah yang dilafazkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 1982 dulu.

Bai'ah ini adalah berbunyi: "bahawa kami para perwakilan muktamar tahunan PAS yang bersidang pada hari ini berikrar berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan baru pas dan bersedia mematuhi segala keputusan dan arahannya selama ia tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya.”

Saya tak pasti samada Dr Rosli faham tak apa yang ditulis yang berbunyi "selama ia tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya."

Saya ingin mencabar Dr. Rosli memberikan saya satu sahaja hujah, satu sahaja tau! yang mana Presiden PAS telah menyeleweng dan bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya yang boleh membenarkan kita membuat komplot menjatuhkan beliau?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana