Mat Sabu Nampak Gelabah!!!! Tindakan DAP impak buruk atas PAS, Mat Sabu mahu Pakatan bincang

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan bagi membincang keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Katanya, keputusan DAP itu memberi impak buruk kepada PAS dan penyelesaian segera perlu dicari bagi memantapkan hubungan PR.

"Saya yakin penuh, sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam PR, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya.

"Cara yang terbaik ialah, pemimpin PR perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama," kata Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mesyuarat itu perlu segera diadakan kerana jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, hubungan yang sedia ada akan menjadi semakin runcing.

"Hadi ialah Presiden PAS. Oleh itu, sebarang tindakan memutuskan hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS.

"Justeru itu, penyelesaian segera hendaklah dicari di antara parti dalam PR, khasnya DAP, untuk terus memantapkan PR," katanya.

Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga berkata Hadi perlu diberi ruang dan peluang menjelaskan keadaan dan satu mesyuarat Majlis Presiden PR akan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, katanya, tarikh mesyuarat itu belum ditetapkan memandangkan keputusan DAP itu baru sahaja dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) malam tadi.

Beliau juga melahirkan harapan agar Hadi akan menghadiri mesyuarat itu apabila ia ditetapkan kelak.

Menteri Besar Selangor itu berkata, kesemua pimpinan tertinggi PR perlu bersikap adil dan berbincang terlebih dahulu tanpa menghakimi sesuatu tindakan.

"Bincanglah... kekuatan PR sentiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat. Kita kena adil kepada Hadi dan membenarkan beliau memberikan penjelasan," katanya.

CEC DAP yang bermesyuarat malam tadi susulan keputusan PAS meneruskan agenda hududnya di Parlimen membuat resolusi bersetuju meneruskan kerjasama bersama PR tetapi menamatkan kerjasama dengan Hadi kerana hilang keyakinan terhadapnya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggar semangat konsensus serta dasar bersama dalam PR.

Oleh itu, katanya, memandangkan "keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang", Lim berkata DAP akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

Lim turut menyenaraikan 3 keadaan menggambarkan tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah yang diambil Hadi sebelum ini.

Pertama, keengganannya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar Selangor tahun lalu; kedua, kegagalannya membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dalam Majlis Pimpinan PR, dan ketiga, tindakannya membelakangkan PR membuat permohonan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana