Mat Sabu Hangin Satu Badan Lah.....PAS Terengganu : Mat Sabu Tak Layak Jadi Presiden

KUALA TERENGGANU 17 Mac - Pas Terengganu yakin Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu, pertengahan tahun ini.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, perkara itu pernah disuarakan Mohamad yang mengakui beliau tidak layak memimpin Pas.

“Mohamad Sabu pernah berkata depan saya bahawa dia tidak layak menjadi presiden dan takkan bertanding jawatan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai pencalonan jawatan Presiden Pas.

Beliau turut yakin Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak akan dicabar mana-mana pemimpin kerana beliau lebih berkelayakan memegang jawatan presiden ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana