Masyallah Apa Sudah Jadi Ni....Bapa Sepak Anak Gara-Gara Nak Solat

KUALA LUMPUR 6 Mac - Tindakan seorang pengawal keselamatan menyepak anaknya berusia lapan tahun yang hendak menunaikan solat dibalas dengan hukuman penjara empat bulan hari ini oleh Mahkamah Majistret, di sini.
 
Majistret Zuraini Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrol Azhar Rahmat, 36, setelah dia mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap, 14 Januari lepas.
 
Ketika menjatuhkan hukuman, Zuraini sempat menasihati Hasrol Azhar supaya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
 
"Saya memandang berat kes ini kerana setiap hari ada kes dera anak yang dibawa ke mahkamah. Walaupun anak sendiri tidak boleh pukul," katanya.
 
Hasrol Azhar didakwa mendera anaknya berusia 8 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah rumah pangsa, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 7.19 malam, 3 Disember lepas.  
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
 
Menurut fakta kes, tertuduh menyepak anaknya sewaktu mangsa hendak membentang sejadah untuk menunaikan solat Maghrib.
 
Perbuatan itu diketahui kakak tertuduh pada 5 petang, 7 Januari lepas yang kemudiannya turut dimaklumkan oleh mangsa bahawa dirinya sering didera tertuduh.
 
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, manakala bapanya ditangkap pihak polis.
 
Ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.
 
"Saya juga mahu mohon hukuman ringan kerana anak-anak sedang menunggu saya di luar sana," katanya.
 
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam bagaimanapun memohon mahkamah  menjatuhkan hukuman setimpal agar tertuduh insaf selain dapat menjadi iktibar kepada masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana