Malu Wei MB Selangor...Kenyataan MB Selangor mengenai perjanjian air tidak betul dan mengelirukan

Menteri Besar Selangor membuat kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan masyarakat awam berhubung pembatalan perjanjian air dengan kerajaan persekutuan.
Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, isu bahawa kerajaan persekutuan melanggar syarat-syarat perjanjian air itu sama sekali tidak timbul.

Sebaliknya, beliau mendakwa kerajaan Persekutuan belum dapat memenuhi perjanjian itu kerana kerajaan negeri Selangor masih gagal memenuhi syarat-syarat perjanjian antaranya perpindahan aset-aset milik syarikat pengendali air membabitkan kos RM1.6 bilion, menyelesaikan liabiliti syarikat konsesi bernilai RM7.45 bilion dan memuktamadkan senarai aset-aset.

Mohamed Azmin Ali semalam mengumumkan pembatalan perjanjian air antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air yang ditandatangani 12 September tahun lalu.

Beliau mendakwa Kerajaan Persekutuan telah ‘melanggar terma’ perjanjian dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan selain daripada membatalkannya.

Kerajaan Selangor masih gagal menyelesaikan isu-isu terma yang ditandatangani dan tindakan itu bercanggah dengan Memorandum Persefahaman (Mou) pada 26 Februari 2014 dan Perjanjian Mengenai Persefahaman (HoA) pada 1 Ogos 2014,” katanya menjawab soalan Azmin samada Kerajaan Persekutuan komited melaksanakan Master Agreement Penstrukturan Air Selangor sewaktu sesi soal jawap sidang Dewan Rakyat, Selasa.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan komited menjayakan perjanjian itu kerana ia membuka lembaran baharu bagi perkhidmatan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila Air Selangor Sdn Bhd akan membawa perkhidmatan bekalan air ke tahap lebih profesional dan efisien.

Sehubungan itu, beliau mengesa kerajaan negeri Selangor meneruskan inisiatif perjanjian air itu demi kebajikan rakyat dan bukannya menjadikan ia isu politik.

Menurutnya, statistik jumlah pelaburan asing dan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri telah menunjukkan penurunan sejak 2008 kerana isu masalah air di Selangor telah menyebabkan pelabur menjauhkan diri sekaligus potensi pembangunan negeri terjejas.

Prestasi pelaburan Selangor kini menurun ke tangga ke empat di seluruh negara berbanding kedudukan sebelum 2008 katanya, menjawap soalan tambahan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berhubung 700 projek tergendala di Selangor susulan masalah bekalan air.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana