Majlis Raja-raja mukra laporan portal dakwa badan itu tolak pindaan hudud

SHAH ALAM: Majlis Raja-raja merasa dukacita dan murka kepada sebuah portal yang bertindak menerbitkan artikel kononnya badan itu menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud.

"Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

"Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

"Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis," jelas badan itu menerusi kenyataan media menerusi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kenyataan media itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff di laman sosial Facebooknya.

Kenyataan media itu turut memperincikan intipati mesyuarat ke-237 pada 11 hingga 12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan, ujar kenyataan media itu lagi.

Terdahulu portal The Malaysian Insider melaporkan sumbernya memberitahu Majlis Raja-raja menolak usul pindaan Akta Mahkamah Syariah sekaligus membayangkan ia tidak akan dibahaskan pada sidang Dewan rakyat akan datang.

Perkara itu sudahpun dinafikan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan dengan berkata Majlis Raja-raja tiada kena mengena dengan usul hudud yang diperjuang kerajaan negeri Kelantan.

Sebaliknya urusan agama di Kelantan tertakluk kepada bidang kuasa Sultan Muhammad V, yang sebelum ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pelaksanaan hukum Islam itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana