Majlis Peguam DiBelasah Kaw Kaw Di Parlimen..Padan Mukanya


KUALA LUMPUR - Majlis Peguam hari ini diselar hebat oleh penyokong-penyokong kerajaan kerana disifatkan sudah tersasar daripada tujuan penubuhannya dan terlalu memihak kepada pembangkang.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berkata, badan itu kini seolah-olah sudah menjadi 'jurucakap' kepada parti pembangkang.

"Kerajaan tidak boleh memandang remeh tindak-tanduk Majlis Peguam ini, kita harap kerajaan ambil serius," katanya ketika membentangkan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat hari ini.

Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai, katanya.

Noh berkata, kepimpinan Badan Peguam turut dipersoal kerana tidak mewakili suara majoriti profesion guaman di negara ini.

"Tujuan asal badan ini ialah untuk jaga kepentingan semua ahlinya, tapi sekarang kita lihat mereka lebih banyak perjuangkan isu-isu politik tertentu," selar Noh.

Justeru, beliau turut menggesa cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang dibincang kembali di dalam Dewan Rakyat sebagai alternatif kepada Majlis Peguam yang dilihat tidak mewakili suara majoriti ahlinya.

Katanya, Rang Undang-undang Akademi Undang-Undang pernah dibentang bagi bacaan kali pertama pada 2012 sebelum ia ditarik selepas mendapat bantahan Majlis Peguam.

Menyokong usul yang dibentangkan Noh, Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) turut senada dalam isu Majlis Peguam dan menyifatkan badan itu sudah hilang kredibilitinya sebagai sebuah badan berkecuali.

"Ini bukan sahaja kerana mereka lebih bercakap soal politik, tetapi turut menjalankan aktiviti berbaur politik bercorak pembangkang. Malah Majlis Peguam tanpa segan silu berpihak kepada pembangkang bagaikan sebuah parti politik pembangkang," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong yang mengeluarkan kenyataan kontroversi mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Beliau juga berpendapat sudah tiba masanya anggota badan guaman itu menunjukkan protes melalui undi sebagai usaha memantapkan semula Majlis Peguam melalui satu pemilihan yang telus. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana